Cerita Upin Ipin yang saya sukai
*Upin Ipin-Boria Suka Suka*
Pada waktu makan malam di rumah, Upin dan Ipin mendapat tahu
bahawa Kak Ros dan Opah bahawa mereka juga tahu akan menjelangnya acara
sambutan Hari Kanak-Kanak di kampung mereka, tetapi mereka juga tidak
ingat bila harinya.
Keesokan hari di tadika mesra,
Cikgu Melati mengumumkan kepada Upin, Ipin dan rakan-rakan sekelas
bahawa tadika mereka dipilih untuk mengadakan persembahan pentas di
acara Hari Kanak-Kanak anjuran UNICEF yang bakal diadakan di Balai Raya.
Seluruh kelas tergamam mendengar nama UNICEF yang asing bagi mereka,
maka Cikgu Melati menjelaskan bahawa UNICEF adalah pertubuhan yang
menyelesaikan masalah dan membela nasib kanak-kanak di seluruh dunia.
Namun suasana sepi tidak berubah.
Apapun, Cikgu Melati menggesa murid-murid supaya melakukan
persembahan yang hebat. Kemudian, dia bertanya kepada mereka persembahan
jenis apa yang diingini. Bermacam-macam jawapan yang diberikan oleh
murid-murid. Itu membuat Cikgu Melati berfikir sejenak lalu
mencari jalan yaitu mengadakan persembahan boria.
Rata-rata murid Kelas Aman kebingungan mendengar perkataan "boria" yang agak asing bagi mereka, kecuali Ehsan
si ketua kelas yang girang menyambut cadangan gurunya, malah tampil ke
hadapan untuk menujuk cara tarian dan nyanyian boria. Persembahan
sejenak Ehsan menerima tepukan gemuruh daripada seluruh kelas. Jelas
Cikgu Melati, boria merupakan sejenis seni pementasan yang berasal dari
Pulau Pinang yang terdiri daripada lakonan, nyanyian dan tarian. Hal ini
disambut oleh Fizi dan Ijat dengan gemuruh kerana mereka tidak pandai menari, apalagi Ijat pingsan mendengar "menari" tetapi Ehsan sudi mengajar mereka.
Ehsan geram menunggu kawan-kawan datang di pondok sebaik sahaja
mereka sampai, dia menegur mereka kerana datang lambat, apalagi masih
ada antara mereka yang belum datang seperti yang diharapkan. Apapun,
Ehsan segera memasang kaset ke dalam peti suara lalu terus mengajak
semua kawan berlatih menari. Tindakan Ehsan itu begitu tergesa-gesa
hingga kawan-kawannya agak liat untuk memberikan perhatian, maka mereka
semua menari sesuka hati tanpa mengikut rentak lagu.
Cikgu Melati bersambung kerja dan memberikan sepasang marakas
kepada Ipin. Mei Mei dan Susanti mendapat sebatang payung setiap orang. Yang lain pula ditentukan
supaya menari, ini membuat ramai daripada mereka tergamam dan gemuruh
(selain Ehsan yang menyambut baik), apatah lagi Ijat yang sekali lagi
pingsan.
Mei Mei bersetuju sedikit sebanyak dengan ujaran Upin, iaitu
tidak setuju jika kadang-kadang dipukul tetapi tidak mengapa jika
dimarahi. Cikgu Melati bertindak balas dengan meremukkan dan mencampak
kertas skripnya. Ehsan mengaju kepada Mail pula. Mail berhujah tentang
UNICEF yang membela nasib kanak-kanak. Ehsan kurang puas hati dengan
cakap-cakap Mail yang begitu singkat. Upin dan Ipin membantu Mail dengan
melanjutkan penerangan tentang UNICEF, lalu berucap terima kasih kepada
UNICEF di hadapan. Maka Cikgu Melati akhirnya lega, sementara Belmonte
tersenyum mendengar ucapan adik-beradik kembar itu.
Poker Games in the Philippines - Goyang FC
BalasHapusPoker Games 바카라 규칙 in the Philippines. Play Online in Real Time 먹튀 랭크 at 빡촌후기 Goyang Casino. Experience 바카라 출 목표 the thrill of 커뮤니티사이트 real Las Vegas poker tournaments!